Thursday, November 25, 2010

Tabiat Merokok

Aku buka entry psl ni sbb skrg aku tgh pening paler di sbbkn org dlm opis aku suka bebenor merokok. Elok2 aku nk buka topik psl lain,terus blank kepala hotak aku nie.Otomatik terus search kt tenet(internetlh tu) psl merokok nie.

Apa yg myebabkn dorg ni xleh nk stop merokok ek..time bln pose bleh plak xmerokok. Klu xmudaratkn org xpelh jg. Selain bleh wt kepala pusing ,ada jg rs nk muntah pun ada!

Setelah aku mgugel psl rokok nie, ni lh hasil yg aku dpt...NGEH3x...

Alasan-alasan Mengapa Orang Merokok

 Tekanan sosial, baik benar mahupun hanya merupakan hayalan, boleh mempengaruhi seseorang remaja supaya mula merokok. Tekanan-tekanan ini boleh berasal daripada remaja yang lain, orang dewasa, dan pengiklanan, antara lain. ( maybe )

Sesetengah remaja mula merokok supaya dapat diterima oleh kawan dan rakan sebayanya yang merokok. ( ye ke beb? ) Sdr ada otak maa..bleh fikir sdr.

Kajian telah menunjukkan bahawa remaja yang mempunyai kawan-kawan yang merokok adalah lebih mungkin merokok berbanding dengan yang sebaliknya. ( Yg ni aku setuju )

Tambahan pula, sesetengah remaja mempercayai bahawa merokok memberikan mereka sesuatu "imej" pada mata kawan-kawan mereka atau menyebabkan mereka kelihatan berdikari. Jika seseorang remaja berkenal dan menghormati orang-orang dewasa yang merupakan perokok, remaja itu mungkin akan mengaitkan merokok dengan sifat dewasa. Dalam kes sedemikian, remaja itu akan salah menganggap bahawa merokok akan menyebabkan mereka kelihatan lebih matang atau lebih canggih. ( yolah tuuu ! )

Kebanyakan orang yang terus merokok mengalami kebergantungan kepadanya secara fizikal dan psikologi. Mereka biasanya menghadapi gejala-gejala seperti berasa tegang, mengantuk dan mengalami sakit kepala apabila tidak merokok. ( benda ni prnh blaku dpn mata aku  : mmg xleh wt keje lgsg & no idea )

Orang-orang yang tersebut itu mungkin juga merokok untuk membuat diri berasa santai apabila berasa tegang. Yang lain mempercayai bahawa merokok boleh menyebabkan mereka lebih peka dan pintar apabila berasa letih. ( itu kena tanya pd perokok tegar lh ) Btl ke bang?

Merokok boleh menjadi tabiat. Seseorang perokok akan merokok secara automatik pada waktu-waktu yang tertentu, misalnya semasa menelefon, berjalan-jalan atau bersembang dengan kawan-kawan, manakala ada juga yang suka menyibukkan tangan mereka. Mereka suka akan proses mengeluarkan, menyalakan serta memegang rokok. Sesetengah orang pula berkata bahawa mereka merokok supaya dapat mengelakkan kegemukan. ( Xjg..ada jg yg merokok gemuk & boroi perutnyer ) HAHAHA

Bagaimanapun, kajian-kajian telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang yang berhenti merokok tidak menjadi gemuk. Mereka yang menjadi gemuk menjadi sedemikian kerana mereka makan lebih banyak selepas berhenti merokok. Mereka mungkin berbuat demikian kerana perbuatan memakan dapat mengalihkan perhatian mereka daripada merokok. Seseorang boleh mengelakkan tambahan berat apabila berhenti merokok dengan tidak mengubah jumlah makanan mereka atau dengan lebih bersenam.( Info yg bguna )

So kpd perokok2 tegar, sini aku letak sket info kesan drp merokok..Lps baca ni ,xinsaf jg xtaulh..Mmg cari penyakitlh jwbnyer. 

KESAN MEROKOK 

Risiko kematian

Perokok mempunyai risiko 50% lebih tinggi berbanding
bukan perokok, untuk mati kerana penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan merokok.

50% daripada perokok ini akan mati sebelum umur 70 tahun

Perokok akan kehilangan antara 20 hinnga 22 tahun jangka
hayat biasa seandainya dia tidak merokok

Setiap perokok mempunyai risiko 3 kali ganda lebih tinggi
untuk mati awal berbanding bukan perokok.

Remaja yang mula merokok pada umur 14 tahun atau kurang
adalah 15 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mati
kerana kanser paru-paru dibandingkan dengan bukan
perokok, dan 5 kali ganda lebih berkemungkinan
dibandingkan dengan sesaorang yang mula merokok pada
umur 24 tahun.

Perokok apabila mencapai umur tiga-puluhan atau empat-puluhan akan menghadapi risiko 5 kali ganda lebih tinggi untuk mati kerana serangan sakit jantung

Perokok yang menghisap 20 batang rokok sehari menghadapi risiko 2 hingga 3 kali ganda lebih tinggi untuk kena strok dan mati kerananya.



Risiko Penyakit
Merokok boleh menyebabkan sekurang-kurangnya 40 jenis penyakit yang boleh menyerang hampir semua sistem dan organ dalam tubuh manusia.

Diantara penyakit-penyakit tersebut dan risiko untuk
mendapatnya kerana merokok adalah seperti di bawah

Kanser Kerongkong
Kanser Mulut & Tekak
Kanser Esofagus
Kanser Pundi Kencing
Kanser Pankreas
Kanser Paru-Paru
COPD ( Emfisima & Ch Bronkitis )
Penyakit Jantung Iskemia
Strok
Atherosclerosis
Ulser Peptik
Crohn' s disease
Pneumonia


Oleh itu , sy myeru ( ecece...dh mcm YB plak ) , Klu nk hidup secara sihat, bebaskn diri dr rokok...Tp jgn lupa plak bsenam & jaga kesihatan.

Nk baca as detail better tgk kt link ni...byk info bleh dpt
http://www.scribd.com/doc/17600725/BAHAYA-MEROKOK#






No comments: