Monday, November 29, 2010

Kongsi resepi yg best

Oleh kerana ari isnin ni monday blues..Nk wt keje pun xdan. Kali ni aku nk kongsi resepi sket.
Dlm aku dok skodeng kt fb, aku tjumpa 1 resepi yg menarik & simple. Xrugi klu korg mcuba.Modal pun xbyk !

JAPANESE CHEESE CAKE


4-5 keping cheddar cheese
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam

Cara-caranya:

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.

2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

*cairkan ciz xperlu mengelegak so by d time proses meringue n egg yolk tu selesai..dah suam step 1 tu..

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

Blog yg rajin aku tgk skrg !

Korg pun mesti ada fav blog yg korg rajin tgk kn? Sbb apa korg rajin skodeng blog dorg tu? Klu aku, time boring2 ,time bmalas2an di tpt keje,aku rajin skodeng blog ...jeng jeng jeng...
1) Irene Nadia Marcello

http://irinenadia.blogspot.com/

Sbb apa aku suka budak comel nie? 1st ,mmg suka tgk muka dia yg comel & cute tu.Dia nie pakai bj apa pun cantik.Suka style & fashion yg dia gayakn. 2nd, entry yg dia wt mmg best lor. Cite psl family, kampus & kehidupan harian dia. Mmg thibur bila baca blog dia. 3rd, pic2 yg ada dlm blog dia pun mmg cantik. Klu xcaya..gilh terjah blog dia ehh..Confirm korg akan suka nnt.

2) Hanis Zalikha 
http://inibelogsaya.blogspot.com/

Hanis Zalikha punya blog pun bgs jg. Suka tgk style dia nie..Mmg fashionable. Mcm irene jg, Hanis ni klu pakai apa pun cantik . Yg paling aku suka tgk rambut dia. Lawo. Ntah bilalh dpt aku bela rambut panjang mcm tu ye? Dlm blog dia, mcm2 tips dia bg info ttg kecantikan & paling best tu info shopping. Xpsl2 aku dh tjebak shopping online yg dia bg tu..http://www.jipaban.com/ 
Anyway, dia mmg tbaik bg aku dlm bab2 fesyen!

Wlupun aku xdelh terer memasak..aku suka skodeng blog nie:
3) http://tiffinbiru.blogspot.com/

Blog masakan paling best aku prnh tgk...Resepi yg di pamerkn mmg menarik. Siap ada tips & pic sekali bg memudahkn pembaca. Bleh di katakn tiap2 hari aku tgk blog Mat Gebu nie. Dia xlokek bkongsi resepi masakan dia yg enak2 belaka. Klu time lunch ,aku xde keje..Blog Mat Gebulh aku slalu terjah..Sekurang2nyer ilang rs lapar aku bila tgk blog dia ( konon2 tghari tu aku mkn mkanan yg mat gebu masakkn ) hehe..

Blog shopping online yg aku slalu aku skodeng & kerap kali beli

4) Radiusite


http://www.radiusite.com/

Pada pendapat aku, blog online yg paling laris dlm pasaran..Mcm goreng pisang panas daa..Ika pemilik blog nie. Mmg tiap kali produk shawl dia kuar, xleh lmbt2 isi order form. Confirm sold out. Servis ika mmg terbaik. Kagum aku dgn ika nie. Bisneswoman yg bjaya.Orgnyer pun lawo. Pakai apapun semua kena pd dia. Cantik sesgt!

5)  Al-Humaira' Contemporary
http://www.alhumairacontemporary.com/

Selain radiusite, blog ni pun mcm pisang panas jgk. Shawl yg dia jual pun lawo. Kualiti pun bgs. Xrugi klu mbelinyer.

Thursday, November 25, 2010

Nostalgia

Td dok belek2 folder,tjumpa plak folder kenangan lama...kt situ mcm2 pic ms aku kecik..Mmg koreng giler muka.Ada jg pic family2 aku...Jap ehh aku tepek kt sini..

1stly pic bdk paling comel kt kg aku...haha
Akulh tu.....Comelkn bb nie...Dr kecik dh comel...apatah lg dh besar ! Kuang..kuang...kuang! 
Cuba teka...yg ni plak saper? Jeng ...jeng ...jeng...Bdk xbrp comel ni ,abg aku..Azlan namanyer...Nama glamer,Lan...tp ms kecik,bapak angkat aku panggil dia ,Alanna..hahah ..Skrg ni dh bkawin & ada 2org anak..Isteri 1 je..haha (ajer mjerit kakak ipar aku nnt ..sori k zam )

Mangsa seterusnyer....

 Saper plak ni ehh...hehe...Dh tentulh mak aku...Cuba cr yg mana 1 my mums....cptttttttttt.....Jwpannyer..dh tentulh bdiri kt blkg tu..klu dr korg baca blog ni ,dr kiri no.2..Cun kn mak aku ms muda2..hehe..Kebykan org ,klu tgk pic ni mesti ckp mcm muka adik aku daa..Ira! mmg sebijik muka mak ms muda2.So ira, ko ni kategori cunlh ..haha..Jap2,ada lg yg dlm pic tu aku cam, yg duduk tu dr kiri uteh aku, yg pakai spek plak pak lang aku ! hensem rupa2nyer pakcik2 aku!


Dh tua pun still hensem lagik kn?...Then last aku cam,sebelah mak aku (dr kanan no.2 ) ..yg tu Anjang aku..Anak2 Arwah atuk aku mmg lawo2 & hensem2 belaka..tu blum lg tgk cucu2 dia lg..Ahaks...( jgn plak muntah ijo korg yg mbacanyer ) hehe

Ni plak Abah aku..Pak Latif namanyer..Biasa org kg panggil Nor ..Jauh bebenor kn nama panggilan dia..Agaknyer sbb tu ktaorg semua pangkal nama ada Nor jg.Pandai2 je aku teka. Skrg ni abah aku dh xsihat sgt..dia mhidap diabetes (kencing manis daa)..Lupa plak nk wish abah..Selamat Menyambut Hari Jadi..Semoga sihat slalu & rajin2 lh bpantang ye...Jgn pantang jumpa plak! hehe
..

Next......

 Ni semua family mak aku..Arwah atok Mon ( tgh2 bbaju putih ),rindunyer kt atok..bila raya ,mmg terasa kehilangan dia.Dh xbseri skrg raya ktaorg tanpa dia.Kt blkg dia tu,dh tentulh Abah aku..Sebelah arwah dr kiri mak aku..sebelah arwah belah kanan plak Anjang..Yg kt bwh plak tu...yg bdk lelaki comot tu @koreng ,Abg Lan..Degil tau bdk nie ms kecik2 dl..Mak cite,klu dia bgn tido je,tarik nafas panjang terus mak...Tserlah betapa nakalnyer dia..hahah..Sebelah Abg Lan sebelah kiri tu,makcu..Comel gak makcu time nie.Sebelah kanan Abg Lan plak ,yg kurus keding tu...Acik ar..Kurus giler sehh ..tp skrg nie..bganda2 dr saiz asal..Acik...jgn marah! Kata anak sedara kesygan acik..:) ..Yg bdiri ala2 model tu plak,uteh! Bgaya btl dia dr muda..Skrg pun still bgaya jg & maintain hensem!

Bila dh mgimbau kenangan lama nie,rs mcm nk blk je ke zaman kecik2 dl..Best woo..Xde fikir masalah apa2.Bgn tido, lps je mandi & mkn..Merayau , bmain dgn geng2..panjat pokok,main guli,belon acah..mmg best btllh time tu...Agak2 dh nk mlm,brlh igt jln blk umah..Itupun dl ada jg tbabas xigt nk blk ..smpi kena cubit dgn mak ...Apa2pun...Kenangan semasa dl adalh kenangan yg paling manis utk di kenang!

Lupa plak nk tepek pic koreng aku...
Wlupun koreng..tp still comel kn? Yg sebelah tu k inda...Ada yg mjerit minah ni nnt bila tgk aku tepek pic dia ms kecik dl ..
Yg ni carilh sdr mana 1 aku ye! Dr tepi pun dh bleh cam daa...Ms ni jadi penari utk Persatuan Belia Setia Sepinang ( PBSS )..Time baya2 ni ,mmg aktif menari..Skrg ni,abis keras!

















Tabiat Merokok

Aku buka entry psl ni sbb skrg aku tgh pening paler di sbbkn org dlm opis aku suka bebenor merokok. Elok2 aku nk buka topik psl lain,terus blank kepala hotak aku nie.Otomatik terus search kt tenet(internetlh tu) psl merokok nie.

Apa yg myebabkn dorg ni xleh nk stop merokok ek..time bln pose bleh plak xmerokok. Klu xmudaratkn org xpelh jg. Selain bleh wt kepala pusing ,ada jg rs nk muntah pun ada!

Setelah aku mgugel psl rokok nie, ni lh hasil yg aku dpt...NGEH3x...

Alasan-alasan Mengapa Orang Merokok

 Tekanan sosial, baik benar mahupun hanya merupakan hayalan, boleh mempengaruhi seseorang remaja supaya mula merokok. Tekanan-tekanan ini boleh berasal daripada remaja yang lain, orang dewasa, dan pengiklanan, antara lain. ( maybe )

Sesetengah remaja mula merokok supaya dapat diterima oleh kawan dan rakan sebayanya yang merokok. ( ye ke beb? ) Sdr ada otak maa..bleh fikir sdr.

Kajian telah menunjukkan bahawa remaja yang mempunyai kawan-kawan yang merokok adalah lebih mungkin merokok berbanding dengan yang sebaliknya. ( Yg ni aku setuju )

Tambahan pula, sesetengah remaja mempercayai bahawa merokok memberikan mereka sesuatu "imej" pada mata kawan-kawan mereka atau menyebabkan mereka kelihatan berdikari. Jika seseorang remaja berkenal dan menghormati orang-orang dewasa yang merupakan perokok, remaja itu mungkin akan mengaitkan merokok dengan sifat dewasa. Dalam kes sedemikian, remaja itu akan salah menganggap bahawa merokok akan menyebabkan mereka kelihatan lebih matang atau lebih canggih. ( yolah tuuu ! )

Kebanyakan orang yang terus merokok mengalami kebergantungan kepadanya secara fizikal dan psikologi. Mereka biasanya menghadapi gejala-gejala seperti berasa tegang, mengantuk dan mengalami sakit kepala apabila tidak merokok. ( benda ni prnh blaku dpn mata aku  : mmg xleh wt keje lgsg & no idea )

Orang-orang yang tersebut itu mungkin juga merokok untuk membuat diri berasa santai apabila berasa tegang. Yang lain mempercayai bahawa merokok boleh menyebabkan mereka lebih peka dan pintar apabila berasa letih. ( itu kena tanya pd perokok tegar lh ) Btl ke bang?

Merokok boleh menjadi tabiat. Seseorang perokok akan merokok secara automatik pada waktu-waktu yang tertentu, misalnya semasa menelefon, berjalan-jalan atau bersembang dengan kawan-kawan, manakala ada juga yang suka menyibukkan tangan mereka. Mereka suka akan proses mengeluarkan, menyalakan serta memegang rokok. Sesetengah orang pula berkata bahawa mereka merokok supaya dapat mengelakkan kegemukan. ( Xjg..ada jg yg merokok gemuk & boroi perutnyer ) HAHAHA

Bagaimanapun, kajian-kajian telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang yang berhenti merokok tidak menjadi gemuk. Mereka yang menjadi gemuk menjadi sedemikian kerana mereka makan lebih banyak selepas berhenti merokok. Mereka mungkin berbuat demikian kerana perbuatan memakan dapat mengalihkan perhatian mereka daripada merokok. Seseorang boleh mengelakkan tambahan berat apabila berhenti merokok dengan tidak mengubah jumlah makanan mereka atau dengan lebih bersenam.( Info yg bguna )

So kpd perokok2 tegar, sini aku letak sket info kesan drp merokok..Lps baca ni ,xinsaf jg xtaulh..Mmg cari penyakitlh jwbnyer. 

KESAN MEROKOK 

Risiko kematian

Perokok mempunyai risiko 50% lebih tinggi berbanding
bukan perokok, untuk mati kerana penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan merokok.

50% daripada perokok ini akan mati sebelum umur 70 tahun

Perokok akan kehilangan antara 20 hinnga 22 tahun jangka
hayat biasa seandainya dia tidak merokok

Setiap perokok mempunyai risiko 3 kali ganda lebih tinggi
untuk mati awal berbanding bukan perokok.

Remaja yang mula merokok pada umur 14 tahun atau kurang
adalah 15 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mati
kerana kanser paru-paru dibandingkan dengan bukan
perokok, dan 5 kali ganda lebih berkemungkinan
dibandingkan dengan sesaorang yang mula merokok pada
umur 24 tahun.

Perokok apabila mencapai umur tiga-puluhan atau empat-puluhan akan menghadapi risiko 5 kali ganda lebih tinggi untuk mati kerana serangan sakit jantung

Perokok yang menghisap 20 batang rokok sehari menghadapi risiko 2 hingga 3 kali ganda lebih tinggi untuk kena strok dan mati kerananya.



Risiko Penyakit
Merokok boleh menyebabkan sekurang-kurangnya 40 jenis penyakit yang boleh menyerang hampir semua sistem dan organ dalam tubuh manusia.

Diantara penyakit-penyakit tersebut dan risiko untuk
mendapatnya kerana merokok adalah seperti di bawah

Kanser Kerongkong
Kanser Mulut & Tekak
Kanser Esofagus
Kanser Pundi Kencing
Kanser Pankreas
Kanser Paru-Paru
COPD ( Emfisima & Ch Bronkitis )
Penyakit Jantung Iskemia
Strok
Atherosclerosis
Ulser Peptik
Crohn' s disease
Pneumonia


Oleh itu , sy myeru ( ecece...dh mcm YB plak ) , Klu nk hidup secara sihat, bebaskn diri dr rokok...Tp jgn lupa plak bsenam & jaga kesihatan.

Nk baca as detail better tgk kt link ni...byk info bleh dpt
http://www.scribd.com/doc/17600725/BAHAYA-MEROKOK#






Friday, November 19, 2010

TARA 4 - Aduhai Team Malaysia

ETHAN & KHAIRIE











Mlm td myaksikn 1 lagi team Malaysia yg out..huhuh...Sedihnyer..Aku suka team E&K nie..Terigt last week masa task yg Khairie kena mkn ulat tu..Mmg selamba je dia mkn.Then bleh plak nk minta air lg kt Ethan..Ethan dgn lawak bleh suruh Khairie minum air hujan ( kebetulan time tu ujan ).

Dh xde lg Team Msia yg meneruskn perjalanan untuk memenangi TARA 4 nie..

Mls nk cite lelebih psl sedih sehh sbb team Malaysia out!