Buka email, tbacalh kisah ttg seorg isteri yg derhaka. Mudah2an kte ni semua di jauhkn dr perbuatan ni.
>>> Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah
>>> kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik
>>> bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih
>>> ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika
>>> berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk
>>> hidung.
>>>
>>> Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria.
>>> Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis
>>> warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan
>>> tidak bermaya seperti orang keresahan.
>>>
>>> "Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak
>>> ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!" jerkah
>>> suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan
>>> menjinjing sebuah beg besar.
>>>
>>> Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang
>>> salahnya. Dia Cuma berdiri di pintu dan menundukkan
>>> muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu
>>> dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu
>>> menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk
>>> melepaskannya.
>>>
>>> Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata
>>> yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di
>>> balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang
>>> bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk
>>> pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.
>>>
>>> Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah,
>>> tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga
>>> kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang
>>> telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.
>>>
>>> Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa
>>> erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan
>>> semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya,
>>> mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan
>>> semula api yang telah dipadamkan.
>>>
>>> Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua
>>> anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan
>>> hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup
>>> bersama kekasihnya.
>>>
>>> " Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya
>>> mahu hidup bahagia dengannya" demikian antara lain
>>> nota yang ditinggalkannya untuk Halim.
>>>
>>> Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata.
>>> Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah.
>>> Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula
>>> dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin.
>>> Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran.
>>> Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta
>>> barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah
>>> yang menghairankan Halim.
>>>
>>> Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah
>>> menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada
>>> bertanya tentang hal itu, namun Normah pantas
>>> menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita
>>> dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak
>>> menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu
>>> buta.
>>>
>>> Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi
>>> apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.
>>>
>>> Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak
>>> terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu
>>> sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya
>>> sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan
>>> menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur,
>>> tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.
>>>
>>> Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian,
>>> anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah.
>>> Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia
>>> mendapat gaji.
>>>
>>> Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke
>>> rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah
>>> yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik
>>> perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.
>>>
>>> Memang hidpnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk
>>> berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun,
>>> semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula
>>> Normah masih tidak diceraikan.
>>>
>>> Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa
>>> tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan
>>> juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah
>>> meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa
>>> wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.
>>>
>>> Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan
>>> anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga
>>> kian lama kian melupakan ibu mereka. Malh melihat
>>> gambar pun mereka benci.
>>>
>>> Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri
>>> yang bengis terhadap anak-anak.
>>>
>>> Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula
>>> kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada
>>> sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia
>>> membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak
>>> mahu bertanya kepada wanita itu.
>>>
>>> "Tempat awk di sana!" kata Halim menunjukkan Normah
>>> ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah
>>> tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok
>>> sini.
>>>
>>> "Nak alas, cari sendiri," kata Halim, lalu menyindir
>>> "itupun kalau awak ingat kat mana nak cari... ." Normah
>>> ditinggalkan sendirian.
>>>
>>> Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik
>>> sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur
>>> bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya
>>> pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina
>>> segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam
>>> cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa
>>> diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.
>>>
>>> Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi
>>> orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim
>>> meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur
>>> berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke
>>> rumah ibunya tidak jauh dari situ.
>>>
>>> Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari
>>> dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam
>>> bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali,
>>> Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.
>>>
>>> "Aku dah agak. Patutlah awak balik... nak suruh aku jadi
>>> bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak
>>> sanggup?" Halim melepaskan paku buah keras.
>>>
>>> "Bukan macam tu bang, saya... " tapi belum pun sempat
>>> Normah menghabiskan cakap, Halim memintas " Saya apa?!
>>> Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku?
>>> Tolong sikit... .bila masa aku sentuh badan kamu tu?
>>> Hah?"
>>>
>>> Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam,
>>> pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya,
>>> tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar.
>>>
>>> Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula.
>>> Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya
>>> terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar
>>> dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.
>>>
>>> Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian
>>> memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak
>>> menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi
>>> gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri
>>> bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya
>>> ibu untuk mereka bermanja.
>>>
>>> Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim
>>> menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim
>>> tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun
>>> sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.
>>>
>>> "Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba
>>> baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni.
>>> Huh... memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka
>>> pada dia!" kata bapa Normah, Haji Shafie bila
>>> mendapati anaknya itu hamil.
>>>
>>> Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah
>>> menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di
>>> badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari
>>> sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar
>>> itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada
>>> waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.
>>>
>>> Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah
>>> dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa.
>>> Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi
>>> ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan.
>>>
>>> Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor
>>> mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara
>>> pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh
>>> bulan lebih sedikit.
>>>
>>> Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad.
>>> Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan
>>> meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung
>>> pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah seta jururawat
>>> yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak
>>> balik dan melihat anak-anak.
>>>
>>> Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik
>>> Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya
>>> itu secara ringkas.
>>>
>>> " Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada
>>> buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz
>>> usahakanlah ubat anak pak cik tu," katanya. Daripada
>>> suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.
>>>
>>> " Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi
>>> saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca
>>> Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke
>>> sana," jawab saya.
>>>
>>> Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi
>>> Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh
>>> bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta,
>>> dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang
>>> menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia
>>> meraung seperti hilang akal.
>>>
>>> Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas
>>> dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk.
>>> Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram
>>> makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah
>>> menangis milihat keadaan dirinya.
>>>
>>> "Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?" saya
>>> bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak
>>> menziarahinya.
>>>
>>> " Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah
>>> pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata
>>> saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia
>>> menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni
>>> bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau.
>>> Jengah pun tidak," kata Haji Shafie kesal.
>>>
>>> "Dia marah lagi agaknya," saya menyambung.
>>>
>>> "Saya tau... kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya
>>> bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu
>>> sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,"
>>> tambah Haji Shafie.
>>>
>>> "Kalau macam tu," tambah saya," bawa saya jumpa
>>> menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk
>>> dia."
>>>
>>> Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian
>>> saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan
>>> menantunya itu.
>>>
>>> "Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah
>>> tengah tenat tu," Haji Shafie merayu.
>>>
>>> " Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak.
>>> Balik-balik, mengandung... suami mana yang tak marah,
>>> ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus,
>>> pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini,
>>> macam-macam lagi orang hina saya... ' tambah Halim
>>> melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam
>>> lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami
>>> mendengarnya.
>>>
>>> " Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang
>>> salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat
>>> sekarang ni," Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak
>>> menjawab sepatah pun . Nafasnya saja yang turun naik
>>> manakala muka merah padam menahan marah.
>>>
>>> Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan
>>> Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu.
>>> "Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas
>>> dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab
>>> dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah
>>> awak maafkan," kata saya.
>>>
>>> Lalu saya ... hadis dan firman Allah berkaitan ... Ternyata
>>> Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . " Saya tak
>>> akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri
>>> durhaka ! " katanya.
>>>
>>> Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak
>>> menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang
>>> daripada menjengah ibu mereka.
>>>
>>> Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat,
>>> makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya
>>> meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula
>>> sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.
>>>
>>> Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia
>>> akan meracau. Yang mengibkan , racauannya kini
>>> mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya
>>> selama meninggalkan Halim dan anak-anak.
>>>
>>> Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah
>>> mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup
>>> seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki
>>> itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak
>>> kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.
>>>
>>> "Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat,
>>> saya malukan abang... maafkanlah saya... "dia terus
>>> menangis dan meratap.
>>>
>>> Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya;
>>> tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi
>>> bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja
>>> perangai dengannya juga kekecewaannya bila di
>>> permainkan lelaki-lelaki terbabit.
>>>
>>> "Abang, Iffa, Aina... marilah tengok emak . Emak tak
>>> jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa,
>>> pandai, suka masak, kita pergi sungai... " ratapnya lagi
>>> bercampur dengan kata-kata yang melalut.
>>>
>>> Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya
>>> Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah
>>> menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai
>>> cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau
>>> seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala
>>> turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling
>>> tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.
>>>
>>> Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan
>>> kecurangannya, keadaan wanitaitu bertambah parah .
>>> Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan
>>> diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah
>>> tidak mahu menjamah makanan . Yang di lakukan
>>> sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun
>>> kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak
>>> sedarkan diri.
>>>
>>> Haji Shafie sekali lagi menemui saya.
>>>
>>> "Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang
>>> jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang
>>> anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang ,
>>> Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,"
>>> kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok
>>> tiada berhenti-henti mengesat air mata .
>>>
>>> " Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim," kata
>>> saya.
>>>
>>> Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah
>>> berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim
>>> bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti
>>> terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang
>>> ikhlas.
>>>
>>> " Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan
>>> dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua
>>> pihak akan dapat keberkatanNya," kata saya semasa
>>> Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.
>>>
>>> Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah
>>> dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada
>>> suaminya itu.
>>>
>>> " Sa..sa..ya der... haa..ka pada abaaaang.." katanya
>>> antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh
>>> berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta
>>> maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.
>>>
>>> " Yalah... "jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan
>>> Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar
>>> ikhlas.
>>>
>>> Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin
>>> dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang
>>> kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah
>>> meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin
>>> ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya
>>> sudah sejuk melihat penderitaan Normah.
>>>
>>> Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri
>>> kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya
>>> berpesan; " Lim, sekarang ni awak saja yang boleh
>>> selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan
>>> daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah.
>>> Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia
>>> pergi dengan aman ".
>>>
>>> " Terima kasih ustaz," balas Halim.
>>>
>>> Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan
>>> memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia .
>>> Bagaimanapun , dia membawa juga kisah yang
>>> menginsafkan mengenai pemergian Normah.
>>>
>>> "Ustaz," Halim memulakan ceritanya, " malam tu Cuma
>>> tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah.
>>> Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya
>>> bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir
>>> setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf
>>> dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka
>>> pada suami, tinggalkan anak-anak.
>>>
>>> ' Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya
>>> ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah.
>>> Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati
>>> tengok hati dia menderita.
>>>
>>> " Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak.
>>> Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat.
>>> Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu
>>> lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke ?
>>>
>>> " Tiba-tiba Aina menangis . Entah apa yang di
>>> gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul
>>> dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar.
>>>
>>> " Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri
>>> yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak
>>> itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan
>>> pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai
>>> terpaksa dukung dan bawa ke luar wad."
>>>
>>> " Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah
>>> tidak bernafas lagi.
>>>
>>> " Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia
>>> meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis
>>> juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi
>>> dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah,
>>> bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah
>>> balasan untuk isteri yang derhaka '.